Suria (stesen radio)
Suria (stesen radio)

Suria (stesen radio)

Suria (dahulu dikenali sebagai Suria FM) merupakan stesen radio berbahasa Melayu di Malaysia di bawah kelolaan Rimakmur Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Star Publications (M) Berhad. Suria mula beroperasi pada 26 Disember 2005, tetapi tidak bersiaran ke seluruh negara sehingga 24 November 2007. Pada awalnya, ibu pejabat siaran Suria dipancarkan terus dari tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur, tetapi sejak Jun 2011, ibu pejabat siaran Suria telah berpindah ke Tropicana City Office Towers, Level 2.01, No. 3, Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.[1]"Segalanya Hiburan" digunakan sebagai cogankata stesen ini. Konsep muzik pula lebih kepada "all time favourite". Suria juga merupakan satu-satunya radio gaya hidup dan yang pertama di Malaysia. Seramai lapan orang penyampai radio diperkenalkan dan masing-masing mengendalikan enam segmen berbeza. Kesemua penyampai radio berkenaan memulakan tugas pukul 6 pagi sehingga 1 pagi. Selepas waktu tersebut, hanya putaran lagu sahaja akan ke udara.

Suria (stesen radio)

Pemilik Rimakmur Sdn Bhd, Anak Syarikat Star Publications (M) Berhad
Bahasa Bahasa Melayu
Tarikh siaran pertama 26 Disember 2005; 14 tahun yang lalu (2005-12-26)
Kawasan penyiaran Semenanjung Malaysia dan Singapura
Saluran saudara 988 FM
Slogan Segalanya Hiburan & Segalanya Lebih Bermakna
Bandaraya lesen Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tapak web suria.my